Monday, March 21, 2011

My Princess (Adzalea Hana) 1 year birthday

15 Mac 2011 Adzalea Hana 1st birthday



Adzalea sedang mengenang masa depannya..


kesian.. demam & selsema masa birthday dia.. masuk ni dh 3 kali demam sejak lahir


bawak gi klinik.. muka lemah je.. kalo x.. ligat semacam..


dia suka sgt gigit wet tissue..


tangan sedang bersedia utk memotong kek


kek kt secret recipe


riadah petang hujung minggu.. adzalea sdg melihat kanak2 bermain..

tu je nk cerita..

Thursday, March 10, 2011



Durian.. memang buah pilihan no.1 Tok. Kadang kala sanggup buat apa sahaja demi durian. Sanggup pula lapar nasi daripada lapar durian... memang best lah durian!..

Biasanya kalau Tok teringat durian teringat pula pada tauke cina kedai buah dekat area rumah mak mertua Tok. Memang sedap duriannya, walaupun luarannya nampak tak menyerlah isinya.. tapi rasanya .. fuuhh memang 3 malam Tok angau durian..

Apabila teringat durian, teringat pula kisah yang menyakitkan hati, bengang dan kecewa dengan peniaga durian dikalangan bangsa MELAYU kita ni.

Perkara ni bukan lah sekali dua Tok kena tetapi hampir selalu kalau beli durian dikalangan peniaga melayu kita ni. Mari kita renungkan peristiwa jual beli durian di kalangan bangsa kita ni..

Peristiwa 1

Terlihat banyak pilihan durian disebuah lori yang berniaga ditepi jalan

Tok: Bang, berapa ringgit 3 biji ni?
Peniaga M: 10 ringgit Bang.

Tok: isi elok tak? sedap tak rasanya?. boleh tengok isi tak?..(memandangkan tak berapa reti nk pilih durian)
Peniaga M: boleh

Lalu dikopekkan sikit pada sebiji durian yang dipilih oleh peniaga tersebut

Tok: isinya busuk sikit la bang, boleh tukar lain ker?
Peniaga M: tak boleh bang. dah kopek ni tak boleh pilih lain bang (dengan nada keras)

Tok: takkan tak boleh.. busuk ni..
Peniaga M: sorry bang tak boleh la..

dengan cara berniaga cam tu Tok terus ambil sahaja yang Tok dah pilih tadi, bayar dan terus blah! malas nak menangkan kita sebagai pelanggan kalau dah cara mereka berniaga tidak telus pada pelanggannya terutamanya dengan bangsa sendiri. Kecewa. Hampa.


Peristiwa 2

berhenti dikedai buah sambil seorang peniaga cina bertatu di badan (macam taiko la) sedang menyusun durian

Tok: Tauke! ni durian ok ka? banyak sedap ka?
Tauke C: ok ok ni banyak sedap ooo.. ada lemak2 sikit.. pilih mana lu mau.. 3 biji 10ringgit ada, 5 biji 10 ringgit pun ada..

Tok: kasi 3 biji punya la tauke.. boleh kopek tengok ka tauke?
Tauke C: boleh.. boleh.. wa kasi lu tengok (sambil kopekkan durian)..

Tok: aiseh.. ada keras sikit la boleh tukar ka tauke?
Tauke C: tak pa wa bagi tukar ni buah.. yang ni ok? (sambil kopek yang baru)

Tok: cun la tokeh! yang lain boleh kopek?
Tauke C: boleh.. boleh.. ni isi banyak lemak sedap, manis woo..

ToK: Ok tokeh kalo wa angkat 6 biji kasi 1 free boleh ka?.. hehehe
Tauke C: aiyyaaaaa...

Tok: kalo sedap tokeh wa memang slalu angkat tokeh..
Tauke C: okay la.. okay la.. kasi lu satu yang kecik punya..

Tok: caya la tokeh!

Apabila Tok rasa durian tersebut di rumah fuuhhhhh.. memang puas hati.. puas sepuas-puasnya.. camni lah baru berniaga. dan keesokkanya pula Tok beli lagi ditempat yang sama sehinggalah kamcing dengan tauke tu.

Memang benar orang kata bangsa mereka memang pandai berniaga dan jaga hati pelanggan walaupun mereka sering dikatakan penipu.

Wednesday, March 2, 2011

The Back-Up Chef



Membeli makanan diluar menjadi rutin biasa bagi orang-orang yang bekerja zaman sekarang ni. Masa, kepenatan mahupun malas menjadi faktor utama apatah lagi yang dah bekeluarga mahupun bujang sekalipun.

Tak mengapa pun... masing-masing punya perut, punya mulut, punya tangan dan sukahatilah kan dia orang nak beli makanan ye tak?..

Berbeza pula Tok ni.. disebabkan ada elemen-elemen kedekut ketiak masin.. setiap hari mesti masak dirumah.. nak berjimat la katakan.. nak makan kat luar selalu.. rabak lah jugak..hehe melainkan keadaan betul-betul sangat malas dan memang takde masa.

Menjadi tukang masak dirumah menjadi perkara biasa bagi Tok.. ia adalah langkah-langkah kecemasan sekiranya Ad sangat letih dan Tok sendiri ada mood nak memasak.. walaucamanapun masakan Ad tetap yg paling sedap bagi Tok..

Tok lebih suka memasak style 'goreng' berbeza dengan Ad yang suka memasak yang berkuah. Memasak menjadi rutin setiap hari selepas balik kerja. kadang-kadang tu pukul 10 malam baru makan malam.. maklumlah nak tunggu ayam cair..

Apa yang nak Tok berniatkan dan hajat adalah ingin membuka restoren sebenarnya.. tapi.. tu lah.. memerlukan modal yang besar dan macam2 lagilah.. InsyaAllah Tok akan cuba ambil langkah perlahan untuk perniagaan makan ni..

Ingin resepi diatas?

KAILAN DAGING

1. Daging / Ayam
2. Sayur Kailan
3. Bawang besar dan putih
4. Lada sulah
5. Sos Tiram
6. Cili
7. Garam dan Ajinamoto

Cara memasak

1. hentam saje laaahhh...


gambar diatas - kuali tu lebih buruk dari kuali mommi rasanya.. hahaha.. selamat mencuba..

Pendudukku

Pendudukku
Sebahagian Daripada Penduduk Kg Sri 360