Wednesday, March 2, 2011

The Back-Up Chef



Membeli makanan diluar menjadi rutin biasa bagi orang-orang yang bekerja zaman sekarang ni. Masa, kepenatan mahupun malas menjadi faktor utama apatah lagi yang dah bekeluarga mahupun bujang sekalipun.

Tak mengapa pun... masing-masing punya perut, punya mulut, punya tangan dan sukahatilah kan dia orang nak beli makanan ye tak?..

Berbeza pula Tok ni.. disebabkan ada elemen-elemen kedekut ketiak masin.. setiap hari mesti masak dirumah.. nak berjimat la katakan.. nak makan kat luar selalu.. rabak lah jugak..hehe melainkan keadaan betul-betul sangat malas dan memang takde masa.

Menjadi tukang masak dirumah menjadi perkara biasa bagi Tok.. ia adalah langkah-langkah kecemasan sekiranya Ad sangat letih dan Tok sendiri ada mood nak memasak.. walaucamanapun masakan Ad tetap yg paling sedap bagi Tok..

Tok lebih suka memasak style 'goreng' berbeza dengan Ad yang suka memasak yang berkuah. Memasak menjadi rutin setiap hari selepas balik kerja. kadang-kadang tu pukul 10 malam baru makan malam.. maklumlah nak tunggu ayam cair..

Apa yang nak Tok berniatkan dan hajat adalah ingin membuka restoren sebenarnya.. tapi.. tu lah.. memerlukan modal yang besar dan macam2 lagilah.. InsyaAllah Tok akan cuba ambil langkah perlahan untuk perniagaan makan ni..

Ingin resepi diatas?

KAILAN DAGING

1. Daging / Ayam
2. Sayur Kailan
3. Bawang besar dan putih
4. Lada sulah
5. Sos Tiram
6. Cili
7. Garam dan Ajinamoto

Cara memasak

1. hentam saje laaahhh...


gambar diatas - kuali tu lebih buruk dari kuali mommi rasanya.. hahaha.. selamat mencuba..

Monday, February 28, 2011




ku sedar diriku kurus..

tapi niat dihati ingin memiliki badan yg sasa..

apakan daya makan tengahari ku selalu bermasalah.. masalah selera..

sukar untuk makan tengahari.. kalo kenyang ditengahari.. malam pula tak berapa nak lapar

memang benar kata mak dan isteriku sendiri..

aku memang makan memilih..

makan nak sedap aje.. ark..ark..ark..

Sunday, February 27, 2011

Two

what a happy news..

can't wait until August.. yihaaaaa...

Tuesday, February 22, 2011

iyo lah tu..


Sambil bermalas-malasan dihari hujung minggu di rumah.

Babah: Adzalea nak makan tak?
Adzalea: mmmm.mm (mengeleng-gelengkan kepala)

Mummy: Adzalea nak susu?.. tak lapar ke?
Adzalea: mmmm.mm (mengeleng-gelengkan kepala)

Babah: Jom ta'teh..
Adzalea: mmmm.mm (mengeleng-gelengkan kepala)

Mummy: Adzalea makan laa nasi sikit ni.. nanti lapar
Adzalea: mmmm.mm (mengeleng-gelengkan kepala)

Mummy: Mummy jahat tak?
Adzalea: mmmm.mm (mengeleng-gelengkan kepala)

Mummy: Babah jahat? (eerrrkk??..)
Adzalea: mmmm.mm (mengeleng-gelengkan kepala)

Mummy: Babah baik x?
Adzalea: mmmm.mm (mengeleng-gelengkan kepala)


Okayy.. ternyata Adzalea hanya tahu mengelengkan kepalanya jer selain tahu memanjat, berguling-guling dan tekan remote TV atau Astro sambil gelak hohohohohohoh.. (gelak santa claus atau Hambamaya?).. hohohohoh..

Wednesday, February 9, 2011

Mood - Aktif berblogging balik

Ok.. setelah beberapa bulan mahupun tahun blog Tok malah orang2 kampung pun kurang berblogging.. Oleh itu Tok ingin berblogging balik.. tak kira!!!..

Sebenarnya takde citer sangat pun cuma nak panaskan blog ni balik.. masih rindu gelak tawa orang2 kampung sri 360.. Tok juga ingin Zool kembali membuat jenaka walaupun jenaka dia kadang2 x menjadi.. tetapi yg x menjadi tu pun sebenarnya jenaka jugak.. hahahaha

Kalau ikutkan ada je masa nak update entry tiap2 hari tapi sunyi lak orang2 kg. xde.. tapi xpe.. nanti Tok hantar mesej berbaur ugutan kat FB masing2..

Ok.. topik lain pulak.. kali ni entry biasa2 je.. xde yang hebat pun.. cuma nak kongsi mende2 yang tak berfaedah tu je..

TAIO CRUZ



suka layan lagu dia ni.. video clip dia byk 'best2'

ni antara lagu yang Tok suka video clip dia pun best walaupun simple.. iyelaahhh tak yah lah nk jeling2 kt Tok ni.. Ok.. Tok mengaku gadis tu memanggg..... eeerrrr.. hehe

Memang kene ngan tajuk lagu tu la.. kalo Tok pun tak kan cari lain.. hehehe..

Tuesday, January 11, 2011

Kesian lagi membosankan?


Assalamualaikum dan salam 1 Kampung Sri 360.

Terbaca rumors yang mengatakan Facebook akan ditutup oleh Mark Zuckerberg sendiri? gara-gara beliau sendiri ingin seperti kehidupan sebelum ini kerana Facebook banyak mendatangkan masalah?. Ntah la.. kalau betul biarkan saje.. Tok takde apa-apa yang terjejas kalau Facebook takde.. hehehe... Tapi tidak pula pada orang lain.. mesti bagi mereka dunia akan jadi sungguh membosankan!

Sebosan-bosan mereka taklah sebosan Tok ni yang lagi membosankan. Nak tau apa yang membosankan? mari kita lihat.. hehe

Bercuti (Travel)

Kalau bab-bab bercuti memang tak dapat dinafikan, memang membosankan mana tak nya Genting Highlands pertama kali pergi pada tahun 2004, itu pun tak sengaja nak pergi sebab ikut Zool dan kawan-kawan yang lain. Lepas tu pula tak banyak tempat yang Tok pergi... entah la.. dah tak ingat.. dan itu lah sekali je dalam seumur hidup.. bosan dan kesian.. kan?.. orang lain pergi macam pergi Sunway Lagoon je... haiihhh..

Dalam tanahair yang mempunyai 14 buah negeri hanya Sabah dan Sarawak je yang Tok belum pergi. Kelantan dan Perlis pun hanya sekali je itu pun masa tingakatan 3 ikut rombongan sekolah.... Pulau Pinang pun sekadar pergi Seberang Perai itu pun dikira dah pergi kan?.. hehehe

Bercuti di pulau-pulau memang tidak pernah sama sekali (teruk ni.. dah la tak pernah pergi Penang dalam Pulau Pinang inikan pula pulau-pulau peranginan) cuma Tok pernah la pergi Pulau Indah dekat Pelabuhan Klang.. itu pun tak berapa nak pulau.. hehehe kesian

Luar Negara? memang tak boleh nak cakap apa la.. memang tak pernah pun.. mana tak nya kapal terbang pun tak pernah naik.. (loser).. orang lain sibuk-sibuk dah pergi Singapore, Jakarta, Bandung, Tokyo mahupun Eropah.. Tok hanya bercuti-cuti dikampung.. hehehe kesian lagi.

Terus-terang Tok katakan bila difikirkan memang membosankan hidup Tok ni.. tapi apakan daya kemampuan belum ada untuk bercuti-cuti setiap kali merancang.. ada saje nak kena jalankan tanggungjawab lain.. tapi tak apa .. InsyaAllah suatu hari dapat gak Tok gi bercuti-cuti nanti bersama keluarga.
Aset

Pakaian
Sejak dapat kerja di tempat baru pergi office pun pakai baju Tshirt berkolar, seluar jeans dengan selipar je (setiap hari). Itu pun kadang-kadang 2 tahun sekali baru beli baru tak pun tunggu Raya. mana tak nye kat masuk office pun kasut kene tanggalkan kat luar biasalah office kat dalam rumah. hehehe.. kalau ada meeting dengan client je baru pakai yang smart. Keluar jalan-jalan pun simple aje.. cermin mata hitam pun xde.. Jam tangan?.. first time memiliki (beli sendiri) itu pun masa dapat hantaran kahwin. Sebelum ni pun pakai jam 'free gift' je dari company lain.. hehehe

Gajet
Ini pun paham2 je la yer.. kepada sesiapa yang mengenali Tok memang dah tahu dah.. setakat gajet-gajet ni.. hmmm.. memang tak berapa nak hebat-hebat sangat cukuplah sekadar ada. Sepanjang penggunaan handphone oleh manusia di muka bumi ini hanya tiga kali Tok pernah beli.. itu pun beli masa dapat pekerjaan pertama. Handphone baru ni pun Ad yang nak sangat belikan untuk Tok setelah sedih melihat handphone yang bertampal-tampal dengan salutape.. kesian.. tapi handphone tu masih boleh guna.. kebanyakkan orang tak seberapa rasa pelik sebab Tok ni "alah beli menang memakai". Laptop pula kongsi dengan Along hasil kerja-kerja Freelance kami (kira laptop company yang punya). Nak guna pun buat kerja aje.. Broadband?.. memang dah tak guna pun malas nak bayar setiap bulan guna Mac kat office je yang paling best. Kamera?.. hmmmm.. guna handphone je.. pernah ada tapi dah kena curi... nak memiliki DSLR pun belum mampu lagi.. uhuhuhuhu

Tok sememangnya berminat dengan gajet-gajet canggih ni tapi masih belum mampu nak memiliki sebab lebih memikirkan keperluan dan kehendak utama.. yang ada ni pun cukuplah sekadar ada. InsyaAllah suatu hari nanti tercapailah hasrat nak beli iMac nanti (impian).

Kereta
Tak payah nak beritahu pun memang tak pernah memiliki kereta pun.. dulu ada tapi masa study dulu.. itu pun abah yang bagi.. disebabkan over expenses 2 tahun je dapat guna kereta. Dulu kerja pun naik kemudahan awam.. bas, LRT dan komuter. Sekarang pergi kerja pun guna kereta Ad je.. tu pun selalu sangat kereta tu buat hal.. rosak situ.. rosak sini..

Kedekut sangat ke Tok ni sampai kereta pun tak beli lagi?.. bukan kedekut.. tapi belum mampu lagi.. InsyaAllah akan memiliki kereta suatu hari nanti

Rumah
setakat ni menyewa je (rumah apartment) kat bukit jelutong shah alam

Riadah Hujung Minggu
Tok selalu ada di rumah nak rehat-rehat. Sejak bekeluarga selalu aje habiskan masa kat rumah. Disebabkan setiap sabtu Ad kerja separuh hari Tok jadi Mr. Mama kena jaga Adzalea yang sangat lincah. Memang penat nak jaga dia.. selalu aje nak memanjat.. setiap pagi sabtu pun bersiar-siar dengan Adzalea pergi taman permainan alang-alang baca surat khabar sekali. Petang pun beriadah ngan Adzalea sambil Ad masak untuk makan malam. Ahad pula biasanya duduk rumah tak pun pergi rumah ibubapa masing-masing.. itu je la rutin harian.. nak berjalan-jalan luar pun rasa malas sangat sebab kesian kat Ad dia selalu penat.. bagi dia rehat puas-puas kat rumah..

Dalam rumah habiskan masa dengan menonton TV je la.. Discovery channel, National Geograhic, AFC (rancangan memasak) yang selalu suka tengok.. nak makan luar pun tak berapa gemar sekarang ni.. lebih suka masak kat rumah.. Ad pun boleh masak macam-macam.


Begitulah kisah dan cerita yang membosankan dari Tok ni..

Dalam kisah bercinta Tok pun.. Ad saje la awek Tok (cinta pertama). Ad saje la awek yang pernah Tok couple sejak tingkatan 3 sehingga lah kahwin.. bagi kawan-kawan lelaki lain memang dah biasa berkata "ko x bosan ker couple lama2" Tok jawab senang je.. "Tak". Ye la.. siapa la Tok ni kan.. Awek lain pun tengok tok ni macam boring je.. hehehe

Sebenarnya bukan Tok nak kata hidup Tok ni membosankan cuma ada perkara dalam hidup Tok tak sama dengan orang lain. Kadang-kadang orang kata hidup Tok ni best jer.. tapi itu dari sudut pandangan orang lain tapi sebenarnya tak sama apa yang mereka lihat. Walaupun orang lain rasa bosan tapi Tok happy je.. sebab Tok ada ramai kawan-kawan yang sangat BEST! especially warga kampung Sri 360.. ooyyeeaaaahhhh!!!

Monday, November 8, 2010

Bapak

Sejak Tok menjadi seorang bapa.. sentiasa termenung, mengelamun dan terfikir sejenak lebih2 lagi ketika memandu kete menuju ke ofis... kadg kala tu hampir terlajak simpang akibat mengelamun... haih membahayakan diri sendiri.. bkn apa Tok ni mmg slalu berfikir terlalu jauh walaupun belum tiba masanya utk kita fikirkan.. kebanyakkan fikir tentang masa dpn keluarga.. slalu risau apa anak bini nk makan kalo Tok x keje... cane nak support anak2 blajar sekolah nanti.. mcm2 lagi la.. last2 Tok sendiri malas nk pikir balik.. tp x jugak esok2 pikir mende yg sama.. haha.. lantak lah apa yg Tok motivatekan diri sendiri "go with the flow"...

Ada skali Tok terkenang kisah dulu masa bersekolah.. Mak ngan Abah mmg tegas kalo bab2 belajar.. mana xnya dua2 pun cikgu... tapi x nafikan Tok lah yg slalu mengecewakan ibu bapa Tok dlm bab2 belajar.. selalu dpt corot je.. x mcm adik2 Tok yg lain mereka lebih pandai dan ada yg lebih cemerlang...kesian adik2 Tok sbb ada abg yg malas belajar... tapi xleh nk salahkan diri sendiri.. mmg Tok ni suka main2 n malas belajar.. suka baca komik masa sekolah.. hehehe... sifat Tok mmg susah nk tanamkan sifat membaca... suka membaca citer yg best2 je.. even baca buku2 ilmu mesti nk yg best2 tapi x amik kira positif.. ye la mana la kita tau kan...

Sejak kahwin ada sikit perubahan dlm hal2 mencari dan memanfaatkan ilmu... itupun sbb Ad gak la kot.. dia mmg suka membaca..espesially Novel (bkn novel2 cinta melayu).. tapi novel yg dia baca tu agak berat2 citer dia.. Tok nk tumpang baca pun kdg2 english high level.. nk kene tgk kamus lak tu.. malas la (jgn mencontohi sikap ini)..Ad membaca pun sediakan kamus disebelah.. kami pernah bercerita ttg blajar2 n mencari ilmu.. Ad selalu mengatakan Tok bertuah kerana Mak Abah ialah cikgu.. buku banyak bertimbun2 kt (sehinggalah skrg).. mcm2 buku ada.. senang nk belajar.. ditambah lagi ptg lak sekolah agama masa sekolah rendah.. mlm antar mengaji... x mcm Ad sendiri nk belajar time tu la kene mintak... Tok terpikir n termenung sejenak.. jauh beza Tok ngan Ad.. tp Ad yg lebih pandai dari Tok dlm bab2 blajar... dlm hati.. betapa ruginya aku ketika sekolah dulu... kalo aku blajar sungguh2 dulu.. mesti dh jadi mcm Steve Jobs dh kot..

Teringat selepas SPM.. waktu tu ramai kwn2 masuk U.. Tok antara kwn2 yg x masuk blajar lg.. mana x nya SPM pun ala kadar... setakat lepas masuk U boleh la.. tapi ramai org yg cemerlang pun susah nk dpt.. lalu Tok pun menganggur keje part time ngan Abah jd despatch dia... Ad plak dh masuk blajar gak.. haaiihhh... makin lama tu Abah tgk pun dh risau tgk Tok ni yg slalu lpk2 lg ngan kwn2... xmo amik keputusan nk belajar.. Abah x putus cari tmpt blajar yg sesuai utk Tok.. pernah gak nk dimasukkkan ke Lim Kok Wing.. bila dgr nama kolej tu.. apa tu??... Abah nk antar ke Art School sbb Seni je yg Tok terer tp yg lain hampeh la.. pastu lak Abah cdgkan kerjaya chef.. Tok minat tapi mcm x nmpk masa depan (cehh.. time2 tu la nk pikir masa depan.. puuitt kt diri sendiri).. Setelah seminggu Abah carikan tmpt blajar dapatla tawaran masuk Akademi TV3 time tu.. tp time tu lak ada tawaran dpt kt Kolej IKIP kuatan (francais UiTM) dlm Art & Design.. Abah suh wat keputusan mana yg Tok nk pergi.. last tok nk gi kuantan nk merasa tmpt negeri lain dan akhirnya belajar kt sana... Mak pernah bertanya kt Abah knp x guna org dlm utk masuk UiTM shah alam sdgkan kabel dh ada..Tok pun frust gak Abah x nk tolong Tok.. Abah jawab kt Tok " Apa yg ko buat.. itu la yg ko dpt".. kata2 tu sampai skg Tok pegang.. lps blajar baru tok realise.. terfikir kejap kata2 Abah.. ada baiknya Abah wat Tok camtu.. dia nk mengajar anak dia supaya x manje n jgn nk harapkan mak bapak je.. nk sesuatu usaha sendiri.. so keputusan SPM tu adalah usaha Tok selama di sekolah di mana tahap pencapaian tu.. tahap tu la yg kita layak masuk mana2 Universiti... time tu gak rasa menyesal n rasa bersalah ngan Mak Abah.. yg berabih duit utk Kolej Tok semata2 nk berjaya dlm blajar.. sampai adik2 Tok lain x pun diberi perhatian camtu walaupun diorg lebih pandai n layak masuk U... sebab.. "Aku kan Abang"(sedutan iklan Digi) hahaha... Aku bersyukur kerana Mak Abah masih beri perhatian walaupun Tok slalu merungut sbb mereka susah nk menuruti kemahuan dan kehendak Tok selama ni...



Lps blajar Mak lak suh jd Cikgu.. tp Tok menolak sampai Mak terasa kecik hati.. tp Tok explain n yakinkan Mak.. nk kerja dlm bidang apa yg Tok blajar.. xmo sia2 kan.. Tok pun dh minat dlm bidang Tok ni.. mmg rasa tu keputusan pilihan yg betul..mana x nya Mak sampai jual tanah semata2 nk byr yuran kolej.. so knp nk sia2 kan?.. Mak pun terpaksa akur.. tu la pertama kali Tok lihat Mak akur dgn pilihan Tok.. Abah hanya diam sbb mgkn dia mmg dh tau arah matlamat Tok lps bljar... Alhamdulillah setelah Tok kerja dlm bidang skrg.. Mak pun dh x sebut2 psl suruh jd cikgu.. hehehe

Apa yg Tok terpikir ni bkn apa sekadar mengingatkan diri Tok sendiri kalo nk menghadapi status bapa ni.. mgkn terlalu jauh nak memikirkan hal2 camni.. tp teringatkan pengorbanan Mak ngan Abah selama ni..


Masa Abah tanya nk ke Tok masuk Kolej Lim Kok Wing.. (dlm hati Tok.. Kolej cina mana tu?).. ikutkan kalo Tok masuk Lim Kok Wing jawabnya LingKup kot.. sbb culture shock.. hahaha..

Pendudukku

Pendudukku
Sebahagian Daripada Penduduk Kg Sri 360