Wednesday, March 2, 2011

The Back-Up Chef



Membeli makanan diluar menjadi rutin biasa bagi orang-orang yang bekerja zaman sekarang ni. Masa, kepenatan mahupun malas menjadi faktor utama apatah lagi yang dah bekeluarga mahupun bujang sekalipun.

Tak mengapa pun... masing-masing punya perut, punya mulut, punya tangan dan sukahatilah kan dia orang nak beli makanan ye tak?..

Berbeza pula Tok ni.. disebabkan ada elemen-elemen kedekut ketiak masin.. setiap hari mesti masak dirumah.. nak berjimat la katakan.. nak makan kat luar selalu.. rabak lah jugak..hehe melainkan keadaan betul-betul sangat malas dan memang takde masa.

Menjadi tukang masak dirumah menjadi perkara biasa bagi Tok.. ia adalah langkah-langkah kecemasan sekiranya Ad sangat letih dan Tok sendiri ada mood nak memasak.. walaucamanapun masakan Ad tetap yg paling sedap bagi Tok..

Tok lebih suka memasak style 'goreng' berbeza dengan Ad yang suka memasak yang berkuah. Memasak menjadi rutin setiap hari selepas balik kerja. kadang-kadang tu pukul 10 malam baru makan malam.. maklumlah nak tunggu ayam cair..

Apa yang nak Tok berniatkan dan hajat adalah ingin membuka restoren sebenarnya.. tapi.. tu lah.. memerlukan modal yang besar dan macam2 lagilah.. InsyaAllah Tok akan cuba ambil langkah perlahan untuk perniagaan makan ni..

Ingin resepi diatas?

KAILAN DAGING

1. Daging / Ayam
2. Sayur Kailan
3. Bawang besar dan putih
4. Lada sulah
5. Sos Tiram
6. Cili
7. Garam dan Ajinamoto

Cara memasak

1. hentam saje laaahhh...


gambar diatas - kuali tu lebih buruk dari kuali mommi rasanya.. hahaha.. selamat mencuba..

7 comments:

floweristachantress said...

ayohlah tok kita menghapdet resepi2 supaya org2 kg bahagia hihihih

yaya|azura said...

Hahahah..... samalah macam kitaorg ni ha. Pukul 10mlm barulah nak makan. Thanks for sharing Tok!

Gee said...

uwakakakkakakakak adeh tak sangka tok pandai masak... Jom tok buat blog kualisekipir kita jadi food blogger nan tegar!

Mem Aluya said...

Caya la Tok. Boleh panggil Tok Chef lepas ni !

Zu said...

wakakakakaka nak gelak jugak ni nampaknya tok ketuek dah jd chef dgn rasminya

sue cipot said...

haha bahagia rsanya bila smua update more to masakan..sbp org kg skrg smuanya dh rajin nak bljar masak. so apa pon resepi sgtlah bguna..terima kasih tok bg resepi 3 + 1 ni... ada ayam + ada sayur + ada kuah cuma masak nasi je! sesuai la dgn org kerja kan tok..

HambaMaya said...

dasat btul tok nih.. hamba pandai masak air jer.. ; ) hohohoho..

Pendudukku

Pendudukku
Sebahagian Daripada Penduduk Kg Sri 360