Tuesday, January 11, 2011

Kesian lagi membosankan?


Assalamualaikum dan salam 1 Kampung Sri 360.

Terbaca rumors yang mengatakan Facebook akan ditutup oleh Mark Zuckerberg sendiri? gara-gara beliau sendiri ingin seperti kehidupan sebelum ini kerana Facebook banyak mendatangkan masalah?. Ntah la.. kalau betul biarkan saje.. Tok takde apa-apa yang terjejas kalau Facebook takde.. hehehe... Tapi tidak pula pada orang lain.. mesti bagi mereka dunia akan jadi sungguh membosankan!

Sebosan-bosan mereka taklah sebosan Tok ni yang lagi membosankan. Nak tau apa yang membosankan? mari kita lihat.. hehe

Bercuti (Travel)

Kalau bab-bab bercuti memang tak dapat dinafikan, memang membosankan mana tak nya Genting Highlands pertama kali pergi pada tahun 2004, itu pun tak sengaja nak pergi sebab ikut Zool dan kawan-kawan yang lain. Lepas tu pula tak banyak tempat yang Tok pergi... entah la.. dah tak ingat.. dan itu lah sekali je dalam seumur hidup.. bosan dan kesian.. kan?.. orang lain pergi macam pergi Sunway Lagoon je... haiihhh..

Dalam tanahair yang mempunyai 14 buah negeri hanya Sabah dan Sarawak je yang Tok belum pergi. Kelantan dan Perlis pun hanya sekali je itu pun masa tingakatan 3 ikut rombongan sekolah.... Pulau Pinang pun sekadar pergi Seberang Perai itu pun dikira dah pergi kan?.. hehehe

Bercuti di pulau-pulau memang tidak pernah sama sekali (teruk ni.. dah la tak pernah pergi Penang dalam Pulau Pinang inikan pula pulau-pulau peranginan) cuma Tok pernah la pergi Pulau Indah dekat Pelabuhan Klang.. itu pun tak berapa nak pulau.. hehehe kesian

Luar Negara? memang tak boleh nak cakap apa la.. memang tak pernah pun.. mana tak nya kapal terbang pun tak pernah naik.. (loser).. orang lain sibuk-sibuk dah pergi Singapore, Jakarta, Bandung, Tokyo mahupun Eropah.. Tok hanya bercuti-cuti dikampung.. hehehe kesian lagi.

Terus-terang Tok katakan bila difikirkan memang membosankan hidup Tok ni.. tapi apakan daya kemampuan belum ada untuk bercuti-cuti setiap kali merancang.. ada saje nak kena jalankan tanggungjawab lain.. tapi tak apa .. InsyaAllah suatu hari dapat gak Tok gi bercuti-cuti nanti bersama keluarga.
Aset

Pakaian
Sejak dapat kerja di tempat baru pergi office pun pakai baju Tshirt berkolar, seluar jeans dengan selipar je (setiap hari). Itu pun kadang-kadang 2 tahun sekali baru beli baru tak pun tunggu Raya. mana tak nye kat masuk office pun kasut kene tanggalkan kat luar biasalah office kat dalam rumah. hehehe.. kalau ada meeting dengan client je baru pakai yang smart. Keluar jalan-jalan pun simple aje.. cermin mata hitam pun xde.. Jam tangan?.. first time memiliki (beli sendiri) itu pun masa dapat hantaran kahwin. Sebelum ni pun pakai jam 'free gift' je dari company lain.. hehehe

Gajet
Ini pun paham2 je la yer.. kepada sesiapa yang mengenali Tok memang dah tahu dah.. setakat gajet-gajet ni.. hmmm.. memang tak berapa nak hebat-hebat sangat cukuplah sekadar ada. Sepanjang penggunaan handphone oleh manusia di muka bumi ini hanya tiga kali Tok pernah beli.. itu pun beli masa dapat pekerjaan pertama. Handphone baru ni pun Ad yang nak sangat belikan untuk Tok setelah sedih melihat handphone yang bertampal-tampal dengan salutape.. kesian.. tapi handphone tu masih boleh guna.. kebanyakkan orang tak seberapa rasa pelik sebab Tok ni "alah beli menang memakai". Laptop pula kongsi dengan Along hasil kerja-kerja Freelance kami (kira laptop company yang punya). Nak guna pun buat kerja aje.. Broadband?.. memang dah tak guna pun malas nak bayar setiap bulan guna Mac kat office je yang paling best. Kamera?.. hmmmm.. guna handphone je.. pernah ada tapi dah kena curi... nak memiliki DSLR pun belum mampu lagi.. uhuhuhuhu

Tok sememangnya berminat dengan gajet-gajet canggih ni tapi masih belum mampu nak memiliki sebab lebih memikirkan keperluan dan kehendak utama.. yang ada ni pun cukuplah sekadar ada. InsyaAllah suatu hari nanti tercapailah hasrat nak beli iMac nanti (impian).

Kereta
Tak payah nak beritahu pun memang tak pernah memiliki kereta pun.. dulu ada tapi masa study dulu.. itu pun abah yang bagi.. disebabkan over expenses 2 tahun je dapat guna kereta. Dulu kerja pun naik kemudahan awam.. bas, LRT dan komuter. Sekarang pergi kerja pun guna kereta Ad je.. tu pun selalu sangat kereta tu buat hal.. rosak situ.. rosak sini..

Kedekut sangat ke Tok ni sampai kereta pun tak beli lagi?.. bukan kedekut.. tapi belum mampu lagi.. InsyaAllah akan memiliki kereta suatu hari nanti

Rumah
setakat ni menyewa je (rumah apartment) kat bukit jelutong shah alam

Riadah Hujung Minggu
Tok selalu ada di rumah nak rehat-rehat. Sejak bekeluarga selalu aje habiskan masa kat rumah. Disebabkan setiap sabtu Ad kerja separuh hari Tok jadi Mr. Mama kena jaga Adzalea yang sangat lincah. Memang penat nak jaga dia.. selalu aje nak memanjat.. setiap pagi sabtu pun bersiar-siar dengan Adzalea pergi taman permainan alang-alang baca surat khabar sekali. Petang pun beriadah ngan Adzalea sambil Ad masak untuk makan malam. Ahad pula biasanya duduk rumah tak pun pergi rumah ibubapa masing-masing.. itu je la rutin harian.. nak berjalan-jalan luar pun rasa malas sangat sebab kesian kat Ad dia selalu penat.. bagi dia rehat puas-puas kat rumah..

Dalam rumah habiskan masa dengan menonton TV je la.. Discovery channel, National Geograhic, AFC (rancangan memasak) yang selalu suka tengok.. nak makan luar pun tak berapa gemar sekarang ni.. lebih suka masak kat rumah.. Ad pun boleh masak macam-macam.


Begitulah kisah dan cerita yang membosankan dari Tok ni..

Dalam kisah bercinta Tok pun.. Ad saje la awek Tok (cinta pertama). Ad saje la awek yang pernah Tok couple sejak tingkatan 3 sehingga lah kahwin.. bagi kawan-kawan lelaki lain memang dah biasa berkata "ko x bosan ker couple lama2" Tok jawab senang je.. "Tak". Ye la.. siapa la Tok ni kan.. Awek lain pun tengok tok ni macam boring je.. hehehe

Sebenarnya bukan Tok nak kata hidup Tok ni membosankan cuma ada perkara dalam hidup Tok tak sama dengan orang lain. Kadang-kadang orang kata hidup Tok ni best jer.. tapi itu dari sudut pandangan orang lain tapi sebenarnya tak sama apa yang mereka lihat. Walaupun orang lain rasa bosan tapi Tok happy je.. sebab Tok ada ramai kawan-kawan yang sangat BEST! especially warga kampung Sri 360.. ooyyeeaaaahhhh!!!

5 comments:

yaya|azura said...

Such a fascinating life. Simple and bahagia. Tak payah pk benda2 complex kan tok? "Alah membeli menang" memakai adalah motto yang terbaek!

AesyaZealous said...

halamak tokkkk..kesian ko tokkk.. nah rm 5 juta. beli aeroplane.kah3

floweristachantress said...

untung Ad, Tok ni jenis sayang org & benda tak bertukar ganti :)

sue cipot said...

Kalo smua lelaki dlm dunia ni simple mcm tok ni.. gerenti ppuan xtakot nak kawen

Mem Aluya said...

Janji happy Tok. Most important youre always with your loved ones. Itu yang penting and makes your world goes round ! No point kecoh sana-sini tapi yang sebonar eh, apa pun tarak. Itulah kebosanan sebenar !

Pendudukku

Pendudukku
Sebahagian Daripada Penduduk Kg Sri 360